KUMASYHURKAN CINTA
(buat insan tersayang)
Disebalik awan biru
kulihat senyuman tulus dan suci
dengan riak gembira
kusambut lembut sentuhan jemarimu
kau kibarkan bendera
cintaku cintamu jua
Kumasyhurkan cinta
taat setia ke akhir nanti
bersama deruan angin sepoi-sepoi bahasa
berolak dedaun menjadi saksi
Kuharungi badai
kuikat janji-janji seikhlas hati
kupintal deruan angin cinta kasih terpatri
namun badai itu kuat menghempas pantai
aku lemas dan janji terlerai
Kau relakan jua
dan aku terkapai-kapai
sedang kasih ini masih kuat bernyanyi
lagu-lagu puisi cinta sejati
namun kau tak peduli
Kau lepaskan cahaya
kau uraikan janji yang terpatri
sedangkan aku masih lagi berdiri
setia menanti hingga kini
-terimalah aku seadanya kerana aku bukan Siti Khadijah dan bukan permaisuri agung namun hanya insan kerdil yang mencari kedamaian di hati dan jiwa ini.
ananis-5/4/2011
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
Thursday, 30 June 2011
Wednesday, 29 June 2011
Tuesday, 21 June 2011
sakitnya
adoi mak...sakitnya kepala...migraine lagi...x der ubat ke? Allah sajalah maha mengetahui betapa sakitnya...terkedip-kedip mata tertutup tapi x boleh nak lelap.macam-macam cara diaplikasikan, akhirnya kat kat kul 3 pagi baru terlelap...alhamdulillah bangun subuh rasa ringan. Terima kasih Ya Allah memberikan aku peluang menjalani hidup dalam kesejahteraan sekali lagi.
Tuesday, 14 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)