Saturday, 25 February 2012

rindu serindunya...

tak kala rindu datang menyapa...sendu aku rasakan betapa aku rindu dan masih menyulam rindu masih aku mengait bait-bait cinta...mahu kau tahu betapa aku masih berdiri berdiri teguh tetap setia menanti... masih adakah peluang dan ruang untuk kau buka pintu hatimu untukku bertapak... untuk menyemai rasa cinta yang lama ku pendam untuk menyimpul janji lama yang tak aku tepati untuk kau tahu sekian kalinya aku masih setia menanti hingga akhir hayat ini penyesalan jodoh yang tak kesampaian penyesalan kesilapan keputusan yang aku leraikan tiada apa yang mampu aku kesalkan kini apa yang terjadi kehendak Illahi Ya Rabbi. Aku mohon kepada Engkau Ya Rabb...kembalikan dia padaku andai dia terbaik untuk diri, keluargaku, agamaku dan masa hadapanku. Amin. Ku serahkan segalanya padaMU ya Rabb. Engkau Maha Mengetahui yang terbaik untuk umatMu ini.