Thursday, 30 June 2011

KUMASYHURKAN CINTA
(buat insan tersayang)

Disebalik awan biru
kulihat senyuman tulus dan suci
dengan riak gembira
kusambut lembut sentuhan jemarimu
kau kibarkan bendera

cintaku cintamu jua


Kumasyhurkan cinta
taat setia ke akhir nanti
bersama deruan angin sepoi-sepoi bahasa
berolak dedaun menjadi saksi


Kuharungi badai
kuikat janji-janji seikhlas hati
kupintal deruan angin cinta kasih terpatri
namun badai itu kuat menghempas pantai
aku lemas dan janji terlerai


Kau relakan jua
dan aku terkapai-kapai
sedang kasih ini masih kuat bernyanyi
lagu-lagu puisi cinta sejati
namun kau tak peduli


Kau lepaskan cahaya
kau uraikan janji yang terpatri
sedangkan aku masih lagi berdiri
setia menanti hingga kini


-terimalah aku seadanya kerana aku bukan Siti Khadijah dan bukan permaisuri agung namun hanya insan kerdil yang mencari kedamaian di hati dan jiwa ini.

ananis-5/4/2011

No comments:

Post a Comment