Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
Saturday, 25 February 2012
rindu serindunya...
tak kala rindu datang menyapa...sendu aku rasakan
betapa aku rindu dan masih menyulam rindu
masih aku mengait bait-bait cinta...mahu kau tahu betapa aku masih berdiri
berdiri teguh tetap setia menanti...
masih adakah peluang dan ruang
untuk kau buka pintu hatimu untukku bertapak...
untuk menyemai rasa cinta yang lama ku pendam
untuk menyimpul janji lama yang tak aku tepati
untuk kau tahu sekian kalinya aku masih setia menanti
hingga akhir hayat ini
penyesalan jodoh yang tak kesampaian
penyesalan kesilapan keputusan yang aku leraikan
tiada apa yang mampu aku kesalkan kini
apa yang terjadi kehendak Illahi
Ya Rabbi. Aku mohon kepada Engkau Ya Rabb...kembalikan dia padaku andai dia terbaik untuk diri, keluargaku, agamaku dan masa hadapanku. Amin.
Ku serahkan segalanya padaMU ya Rabb. Engkau Maha Mengetahui yang terbaik untuk umatMu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment