aduhai sayang...
mimpi apakah aku semalam
wajahmu indah yang aku terbayang-bayang
seri rautmu ikhlas kau memandang
namun siaplah aku dihatimu
terkadang rinduku hanya dalam sendu
aduhai sayang...
mimpi apakah aku semalam
sering terdengar kau bersyair syahdu
pernah kau layangkan katamu kau rindu
namun sering rindu mu terhalang
perjalanan kita tak sehaluan
aduhai sayang...
sering aku ucapkan nama mu
sering aku menyimpul rindu
terkadang aku juga mengaitkan lagu-lagu
moga kau faham isi hatiku
moga tenang jiwaku...ku leraikan rindu
biarlah yang berlalu tetap kan berlalu
kuteruskan hidup dalam diam terus merindui dirimu
kerana kau yang pertama dan terakhir cinta buatku
No comments:
Post a Comment