Friday, 11 November 2011

Lelaki

engkaukah itu lelaki
yang datang mengetuk pintu hati
kau setia dengan janji
maafkan aku kerana memungkiri

engkaukah itu lelaki
masih setia berdiri
masih terus menemani
namun haluan tak selari
kiri dan kanan tidak seiringan
depan dan belakang jauh bersempadan


engkaukah itu lelaki
dari jauh kuperhati
kerap malam aku bermimpi
niatku ingin menjadi suri
namun seribu tahun takkan mungkin terjadi

engkaukah itu lelaki
aku tetap perempuan setia menanti
terpisah bukan kemahuan hati
semua takdir Illahi
Terima kasih Ya Rabbi

No comments:

Post a Comment